WAKTU KINI


November 2014
M T W T F S S
« Mar    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

BADAN PENGAWAS

Apa itu Badan Pengawas?


  • Badan Pengawas Sekolah adalah sebuah badan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sekolah.
  • Badan Pengawas Sekolah terletak di bawah Jawatankuasa Disiplin di bawah seliaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
  • Bilangan keanggotaan badan ini tertakluk kepada perlantikan oleh pihak sekolah.
  • Pengawas Sekolah hendaklah berpakaian seragam khas seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
  • Keanggotaan badan ini adalah seperti berikut:

i. Guru Penasihat (dari Ahli Lembaga Disiplin Sekolah)

ii. Ketua Pengawas

iii. Penolong Ketua Pengawas

iv. Setiausaha Badan Pengawas

v. Bendahari Badan Pengawas

vi. Pengawas

 

Antara tugas harian pengawas ialah :

  • Memastikan peraturan dan undang-undang sekolah dipatuhi oleh semua pelajar.
  • Menaik dan menurunkan bendera.
  • Mengurus dan mempengerusikan perhimpunan rasmi / pagi sekolah.
  • Menyambut dan memberi khidmat kepada pelawat tidak rasmi.
  • Membuat laporan kepada pihak sekolah tentang masalah yang dihadapi.
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.

 

Peranan Jawatankuasa Tertinggi Pengawas

Ketua Pengawas

  • Menjadi pemimpin /ketua kepada semua pengawas
  • Sentiasa memperlihatkan kepimpinan / ketokohan sebagai pengawas
  • Mempengerusikan mesyuarat pengawas dan perjumpaan pengawas.
  • Merancang aktiviti-aktiviti badan pengawas.
  • Memastikan semua tugasan dan arahan dipatuhi oleh semua pengawas

Penolong Ketua Pengawas

  • Membantu dan bekerjasama dengan ketua pengawas menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
  • Mengambil alih tugas ketua pengawas semasa ketiadaan ketua pengawas.